'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK ''
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK ''


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
HIT COUNTER
SEJAK 01 JULAI 2009 anda adalah pelawat yang ke??
hit counter
hit counter
rentak muzik hiburan terkini
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeMon Aug 01, 2011 7:11 pm by Guest

» mari baca....penting ini!!
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeThu Sep 10, 2009 12:05 pm by datin

» hayati lah oleh mu...
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeThu Sep 10, 2009 11:33 am by datin

» raye.... raye.... raye... jom raye...
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeMon Sep 07, 2009 11:26 am by datin

» HANTAR EMAIL GUNA SMS
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 11:07 am by Admin

» kEyboard sHortCut....
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:58 am by Admin

» TRIK KUNCI FOLDER KAMU.
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:50 am by Admin

» NEW PAPARAN SKIN JAM WINDOW ANDA
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:43 am by Admin

» CARA MENGHAPUSKAN FILE/FOLDER YANG SUSAH DI HAPUSKAN
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:25 am by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar
Top posters
Admin
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_lcapCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_voting_barCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_rcap 
datin
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_lcapCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_voting_barCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_rcap 
Ms Velentine
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_lcapCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_voting_barCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_rcap 
syahsuke
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_lcapCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_voting_barCONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_vote_rcap 
Statistics
We have 7 registered users
The newest registered user is awek kota klias

Our users have posted a total of 50 messages in 31 subjects
LINK

http://www.spa.gov.my/


 

 CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut.

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 38
Points : 104
Reputation : 1
Join date : 21/05/2009
Age : 44
Location : beaufort and lahad datu

CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. Empty
PostSubject: CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut.   CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeSun May 24, 2009 7:00 pm

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.



New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.



DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.


Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)
Back to top Go down
https://smkkotaklias.forumms.net
Ms Velentine

Ms Velentine


Posts : 8
Points : 12
Reputation : 0
Join date : 20/06/2009
Age : 38
Location : Kota kinabalu...Labuan...Ranau..Beaufort

CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. Empty
PostSubject: huhuhu..bikin takut ni   CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut. I_icon_minitimeMon Aug 17, 2009 9:42 am

bah takut pla sa baca ni rencana..
hahaha..
argh..
dahlah aku ni seharian menghadap komputer..
hahahaha...
oh Tuhan jauhi lah aku dari penyakit ini..
amin
Back to top Go down
 
CONTOH:-Duduk lama depan komputer boleh bawa maut.
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» APAKAH PERASAAN ANDA SETELAH LAMA MENINGGALKAN SMK KOTA KLIAS??
» CONTOH:- KETAHUI APA ITU HIPNOSIS.
» CONTOH:- DIARI KEHIDUPAN INI.
» CONTOH:- TARIKAN KUASA BUNGA.
» CONTOH:- KELEBIHAN KALAU KORANG TIADA KEKASIH.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK '' :: KREATIVITI,DIARI DAN SEBAGAINYA :: isu-isu semasa.-
Jump to: