'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK ''


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
HIT COUNTER
SEJAK 01 JULAI 2009 anda adalah pelawat yang ke??
hit counter
hit counter
rentak muzik hiburan terkini
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001
Mon Aug 01, 2011 7:11 pm by Guest

» mari baca....penting ini!!
Thu Sep 10, 2009 12:05 pm by datin

» hayati lah oleh mu...
Thu Sep 10, 2009 11:33 am by datin

» raye.... raye.... raye... jom raye...
Mon Sep 07, 2009 11:26 am by datin

» HANTAR EMAIL GUNA SMS
Fri Aug 21, 2009 11:07 am by Admin

» kEyboard sHortCut....
Fri Aug 21, 2009 10:58 am by Admin

» TRIK KUNCI FOLDER KAMU.
Fri Aug 21, 2009 10:50 am by Admin

» NEW PAPARAN SKIN JAM WINDOW ANDA
Fri Aug 21, 2009 10:43 am by Admin

» CARA MENGHAPUSKAN FILE/FOLDER YANG SUSAH DI HAPUSKAN
Fri Aug 21, 2009 10:25 am by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Admin
 
datin
 
Ms Velentine
 
syahsuke
 
Statistics
We have 7 registered users
The newest registered user is awek kota klias

Our users have posted a total of 50 messages in 31 subjects
LINK

http://www.spa.gov.my/


Share | 
 

 CONTOH:- KETAHUI APA ITU HIPNOSIS.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 38
Points : 104
Reputation : 1
Join date : 21/05/2009
Age : 37
Location : beaufort and lahad datu

PostSubject: CONTOH:- KETAHUI APA ITU HIPNOSIS.   Sun May 24, 2009 7:03 pm

Kepada mereka yang pernah menonton stage hipnosis mungkin menganggap yang hipnosis adalah mind control atau pukau kerana kebanyakan mereka yang di hipnosis ni selalunya melakukan perkara-perkara bodoh yang di suruh oleh si hipnotis. Sebenarnya anggapan itu adalah kurang tepat. Di sini saya akan senaraikan beberapa mitos dan juga realiti mengenai hipnosis.

1. Hipnotis boleh membuatkan anda melakukan sesuatu yang tidak mungkin anda lakukan di waktu sedar.

Sememangnya salah. Hipnotis tiada kuasa ke atas anda dan dia juga tidak boleh memaksa anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak anda. Proses hipnosis memerlukan kerjasama antara 2 pihak iaitu hipnotis dan orang yang akan di hipnosis. Selepas si hipnotis menghipnosis anda, dia akan memberikan anda saranan dan jika saranan itu bertentangan dengan nilai moral anda maka secara automatik anda akan keluar dari hipnosis.

2. Tidak boleh keluar dari hipnosis

Katakanlah anda di hipnosis dan selepas itu orang yang menghipnosis anda meninggalkan anda. Apabila anda sedar yang si hipnotis ni telah meninggalkan anda maka anda akan membuka mata dan bangun (macam masa bangun dari tidur), atau anda mungkin akan terus tertidur dan tersedar dengan sendirinya.

3. Hanya orang yang mempunyai minda yang lemah sahaja boleh di hipnosis

Sebenarnya orang yang paling mudah di hipnosis ialah mereka yang mudah fokus, pandai berimaginasi dan juga pandai bervisualisasi. Ingat apa kata Elbert Einstin “Imagination is more important than knowledge’. Secara amnya semakin pandai seseorang itu semakin mudahlah dia di hipnosis.

4. Tidak sedar semasa di hipnosis

Semasa anda berada di dalam keadaan hipnosis, anda masih boleh mendengar dan berfikir dengan jayanya. Anda sedar apa yang berlaku di sekeliling anda dan walaupun berada dalam keadaan hipnosis minda anda lebih peka pada keadaan sekeliling.

5. Membuka rahsia

seperti yang di nyatakan di atas anda sedar apa yang berlaku. Si hipnosis boleh memandu anda untuk mengingati semula memori-memori lama yang anda sudah lupa (biasanya di lakukan dalam sesi past life regression untuk mengenalpasti punca masalah anda). Jika anda mahu memberitahu si hipnosis rahsia anda juga bergantung pada anda.

6. Hypnosis adalah merbahaya

Hipnosis tidak merbahaya jika dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. Pastikan mereka yang menghipnosis anda adalah seorang hipnoterapis (hypnotherapist) yang bertauliah. Tapi jika di lakukan oleh mereka yang tidak berpengalaman sekadar utuk suka-suka mungkin boleh mendatangkan kesan yang buruk jika saranan negatif di tanamkan di minda separa sedar.


Kebanyakan orang cuba mengubah tabiat buruk atau ingin mencapai impian yang masih tak tercapai. Kita cuba sedaya upaya dan masih tak berjaya… Kenapa? Kerana minda sedar hanya membuat keputusan untuk berubah tetapi minda separa sedar masih macam tu lagi.

Hipnosis membolehkan kita akses ke minda separa sedar bekerjasama dengan minda sedar dan membolehkan kita mencapai apa yang kita impikan…

Hipnosis juga telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebagai satu teknik komunikasi minda separa sedar untuk menyembuhkan penyakit mental dan juga fizikal. Sungguhpun perubatan moden masih lagi menjadi pilihan, pada saya hipnosis adalah satu teknik penyembuhan yang paling efektif dengan menggunakan minda anugerah hebat pemberian tuhan kepada manusia.
Back to top Go down
View user profile http://smkkotaklias.forumotion.net
Admin
Admin
Admin


Posts : 38
Points : 104
Reputation : 1
Join date : 21/05/2009
Age : 37
Location : beaufort and lahad datu

PostSubject: Re: CONTOH:- KETAHUI APA ITU HIPNOSIS.   Sun May 24, 2009 7:05 pm

Mungkin ada di kalangan pembaca yang tertanya-tanya boleh ke anda di hipnosis?. Jawapannya… jika anda mempunyai IQ lebih dari 80 (100 adalah tahap IQ yang normal), boleh konsentrasi, imaginasi dan bervisualisasi, anda sememangnya boleh di hipnosis.

Hipnosis adalah satu tahap minda di mana anda melaluinya beberapa kali dalam sehari. Pernahkah anda terlalu asyik menonton tv, membaca novel ataupun berangan-angan. Itu adalah salah satu contoh di mana tahap minda anda berubah tahapnya dari beta ke alpha.

Hipnosis yang anda lalui sehari-hari biasanya di tentukan oleh keadaan sekeliling berbeza pula dalam sesi hipnosis di mana anda di pandu oleh seorang hinoterapis. Sama juga seperti meditasi di mana meditasi terdiri dari dua iaitu meditasi aktif dan juga pasif. Dalam meditasi aktif anda akan memandu sendiri sesi meditasi tersebut manakala sesi meditasi pasif pula anda hanya membiarkan atau mengikut apa sahaja yang terlintas di dalam minda.

Rawatan menggunakan hipnosis bergantung pada anda, adakah anda bersedia untuk berubah? Adakah anda mudah menerima saranan… Kebanyakkan orang mudah menerima saranan, yang di hidangkan kepada kita melalui iklan television, radio, risalah, billboard dan juga suratkahabar.

Sebenarnya kebanyakkan barang-barang atau perkhidmatan yang kita beli adalah tindakbalas dari idea yang taraf hidup kita akan bertambah baik dengan membeli barangan/perkhidmatan tersebut. Mungkin juga ianya betul tapi mungkin juga ia menunjukkan yang kita ini mudah dipengaruhi atau di hipnosis.

Saranan kepada minda bawah sedar secara halus yang di siarkan di tv menarik perhatian kita, menunjukkan kewujudan jenama-jenama tersebut dengan menggunakan keyword seperti free, extra, diskaun, buy 1 free1, baik untuk kesihatan, kajian membuktikan, 100% fat free - digunakan di dalam ayat, secara tidak langsung memberi saranan kepada minda bawah sedar yang anda akan rugi jika tidak membeli barangan yang di iklankan.

Kebanyakkan iklan yang baik pandai membuatkan anda fikir yang anda membuat pilihan sendiri, tanpa di pengaruhi sesiapa dan ianya juga adalah satu teknik hipnosis yang efektif. Di sini bolehlah di buat kesimpulan yang 100% manusia boleh di hipnosis. Sedar tak sedar jer

Kepada mereka yang tidak percaya bahawa mereka mudah di pengaruhi dan percaya bahawa keputusan yang mereka buat adalah 100% tanpa dipengaruhi faktor lain adalah kurang tepat.
Back to top Go down
View user profile http://smkkotaklias.forumotion.net
 
CONTOH:- KETAHUI APA ITU HIPNOSIS.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK '' :: KREATIVITI,DIARI DAN SEBAGAINYA :: motivasi,pendidikan dan nilai-nilai murni keagamaan-
Jump to: